Wednesday, March 16, 2011

80 hari - Checklist

Assalamu'alaikum...hai

Sejak ada orang sponsor, diy kena reject hahah...macam dah takde apa nak buat untuk persediaan kahwin. Padahal ada je benda aku tak buat lagi ;p
Mari kita tengok checklist 80 hari, bagi kesedaran sivik kat diri sendiri kalau tak lupa diri ingat semua benda dah siap...

*Ni aku copy paste je dari yang sebelum ni je ye... :)

Persiapan kedua-dua belah pihak
1. kursus kahwin - selesai
2. borang kahwin - belum
3. hiv test - belum
4. Kad kahwin - separuh selesai, dalam proses

Barang hantaran
dari aku
1. sirih junjung
2. sejadah dan tafsir
3. jam dan coklat/gula-gula
4. wallet dan belt set dan perfume set
5. kasut
6. kemeja dan tali leher
7. buah-buah

dari che' E
1. sirih junjung
2. cincin atau rantai dan mas kawen
3. telekung dan sejadah dan al-Quran
4. handbag dan jam dan purse dan perfume
5. buah-buah dan coklat

Persiapan belah aku
1. Andaman - selesai, nak pergi fitting baju dan ambil kat akak tu je
2. OP - selesai,
3. Catering - abah aku uruskan, jadi tak payah risau
4. Hantaran - separuh selesai, dah beli, tinggal nak gubah je
5. Barang hantaran - ada dua tiga barang je belum beli
6. Bilik tidur - separuh selesai, dua tiga barang belum beli
7. Pelamin - selesai mak andam uruskan
8. Doorgift - akak ipar dan adik aku uruskan, jadi tak payah risau
9. Guestbook - belum tengah berfikir nak buat ke tak
10. DJ dan segala bentuk hiburan - belum diputuskan, mungkin ambil DJ sahaja

Persiapan belah che' E
1. Andaman - selesai,
2. OP - selesai,
3. Catering - che' E cakap papa in law aku uruskan, jadi tak payah risau
4. Hantaran - separuh selesai, dah beli, tinggal nak gubah je
5. Barang hantaran - juga ada dua tiga barang belum beli
6. Bilik tidur - selesai, mak andam uruskan
7. Pelamin - che' E cakap takde, tak tau la kalau last minute tiba-tiba ada pulak
8. Doorgift - che' E cakap papa in law aku uruskan, jadi tak payah risau
9. Guestbook - che' E cakap takde
10. DJ dan segala bentuk hiburan - che' E cakap takde

Persiapan diri sendiri
1. Facial - belum :p
2. Spa - selesai, kalau ada rezeki lebih nak buat lagi sekali :)
3. Kecikkan saiz - belum berjaya uhukkk :(


Alhamdulillah...dah tak banyak sangat nak kena buat, persiapan untuk diri sendiri je...mental dan fizikal tapi lambat lagi kan..? :)

No comments: