Thursday, March 17, 2011

79 hari - Langsir

Assalamu'alaikum....hai

Hari tu aku ada beli langsir untuk day curtain, aku beli jenis tab top yang ada butang tu je sebab disebalik tabir je tempatnya

 

Masalahnya sekarang aku dah tersalah beli langsir tu takde butang...

 

Rumah aku punya tempat gantung langsir bukan macam style sekarang yang kayu tu yang boleh tanggalkan tu...hadoi la...

 

Dah jadi satu kerja pulak nak menjahit butang, semalam baru jahit 3 butang malam ni baru sambung semula...padan muka siapa suruh tak tengok betul-betul...hu3

Langsir untuk pintu bilik pun aku tak beli lagi...macam nak mintak sposor je gaya..sejak ada orang sponsor ni kepala takde fikir lain nak minta sponsor saja..ahakks :p

Gambar semua ihsan google

Wednesday, March 16, 2011

80 hari - Checklist

Assalamu'alaikum...hai

Sejak ada orang sponsor, diy kena reject hahah...macam dah takde apa nak buat untuk persediaan kahwin. Padahal ada je benda aku tak buat lagi ;p
Mari kita tengok checklist 80 hari, bagi kesedaran sivik kat diri sendiri kalau tak lupa diri ingat semua benda dah siap...

*Ni aku copy paste je dari yang sebelum ni je ye... :)

Persiapan kedua-dua belah pihak
1. kursus kahwin - selesai
2. borang kahwin - belum
3. hiv test - belum
4. Kad kahwin - separuh selesai, dalam proses

Barang hantaran
dari aku
1. sirih junjung
2. sejadah dan tafsir
3. jam dan coklat/gula-gula
4. wallet dan belt set dan perfume set
5. kasut
6. kemeja dan tali leher
7. buah-buah

dari che' E
1. sirih junjung
2. cincin atau rantai dan mas kawen
3. telekung dan sejadah dan al-Quran
4. handbag dan jam dan purse dan perfume
5. buah-buah dan coklat

Persiapan belah aku
1. Andaman - selesai, nak pergi fitting baju dan ambil kat akak tu je
2. OP - selesai,
3. Catering - abah aku uruskan, jadi tak payah risau
4. Hantaran - separuh selesai, dah beli, tinggal nak gubah je
5. Barang hantaran - ada dua tiga barang je belum beli
6. Bilik tidur - separuh selesai, dua tiga barang belum beli
7. Pelamin - selesai mak andam uruskan
8. Doorgift - akak ipar dan adik aku uruskan, jadi tak payah risau
9. Guestbook - belum tengah berfikir nak buat ke tak
10. DJ dan segala bentuk hiburan - belum diputuskan, mungkin ambil DJ sahaja

Persiapan belah che' E
1. Andaman - selesai,
2. OP - selesai,
3. Catering - che' E cakap papa in law aku uruskan, jadi tak payah risau
4. Hantaran - separuh selesai, dah beli, tinggal nak gubah je
5. Barang hantaran - juga ada dua tiga barang belum beli
6. Bilik tidur - selesai, mak andam uruskan
7. Pelamin - che' E cakap takde, tak tau la kalau last minute tiba-tiba ada pulak
8. Doorgift - che' E cakap papa in law aku uruskan, jadi tak payah risau
9. Guestbook - che' E cakap takde
10. DJ dan segala bentuk hiburan - che' E cakap takde

Persiapan diri sendiri
1. Facial - belum :p
2. Spa - selesai, kalau ada rezeki lebih nak buat lagi sekali :)
3. Kecikkan saiz - belum berjaya uhukkk :(


Alhamdulillah...dah tak banyak sangat nak kena buat, persiapan untuk diri sendiri je...mental dan fizikal tapi lambat lagi kan..? :)

Tuesday, March 15, 2011

81 hari - Beg kertas dan bunga telur

Assalamu'alaikum....hai

Beg kertas dan bunga telur ditaja (ayat tak boleh blah) oleh akak ipar dan adik aku. Sangat suka tapi..(eh2 ada tapi pulak...) macam-macam warna ada sebab tak cukup katanya. Tapi diaorang bijak, suruh abah aku yang telefon bagitau, kalau aku tak puas hati tak boleh nak marah sebab cakap dengan abah aku mana boleh marah-marah nanti derhaka pulakkan..? pandai korang kan...apa sengih-sengih..?

Mula-mula rasa macam sedih jugak, kalau boleh aku nak seragamkan satu warna je...tapi bila fikir semula, bertuah apa orang dah belikan, ada orang nak tolong tak payah susah-susah nak pergi cari...oleh itu kena hargai sebaiknya. Daripada ada tema sekarang dah takde tema...ha3..apa-apa jelah.
Bila diaorang dah belikan tu maksudnya bunga telur tak approve untuk diy, jadi sendiri faham jela ye...

Minggu ni baru aku balik tengok barang-barang tu, harap warna tu tak lari sangat lebih kurang ok la kot hu3...dan nak beli mana-mana yang kurang.
Ikutlah macammana pun, aku dah malas nak bising-bising tak kena warna ke apa...sekarang aku dah tak kisah, aku terima dan redha je :)

Monday, March 14, 2011

Berakhirnya alkisah kad kahwin

Assalamu'alaikum....hai

Alhamdulillah....pasal kad kahwin tinggal peta pihak lelaki je yang belum sebab ada perubahan lokasi majlis, yang lain semua dah settle. Lepas tu diaorang dah boleh print.
Tak sabar la pulak rasanya nak dapat kad kahwin, walaupun tak segah mana, yang penting aku suka sebab kad kahwin aku bukan orang lain punya eheh..

Tiap kali nak pilihan je mesti aku dengan che' E tak sependapat. Apa yang aku pilih selalunya kena reject dengan che' E, kadang tu aku suka je apa yang che' E pilih tapi saja jahat melawan, cakap tak suka sebab dia selalu reject aku punya pilihan. Last-last pilih apa yang dia suka jugak sebab dah takde pilihan lain..hu3..

82 hari - Mari ber'spa'

Assalamu'alaikum....hai

Semalam aku tak pergi mana-mana duduk rumah je, sebab dah berjanji nak buat spa dengan cik Tim. Dia ada buat skin lighthening, wax, pedicure, manicure dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Dia akan datang kat rumah korang, jadi korang tak payah susah-susah hanya tunggu je cik Tim ni datang. Cik Tim ni pun salah seorang b2b jugak :)

Yang aku boleh cakap sanngggaaaat best....Terima kasih banyak-banyak ye Tim, nanti boleh buat lagi :)
Nak tahu lebih lanjut korang boleh tengok kat blog dia ye..
Mari sama-sama sihat dan cantik ;)

Friday, March 11, 2011

85 hari - DIY bunga mangar

Assalamu'alaikum...hai

Dulu saja cuba-cuba buat bunga manggar ni, alkisah yang boleh teruja nak buat tu gara-gara tengok kat web kak shaja, lepas tu jumpa kat blog xora pulak, lepas tu lagi jumpa kat blog bunga kristal.



Yang aku dah siapkan sekarang ni, macam yang bunga kristal buat sebab lebih mudah, beli daun lilit lilit lilit kat dawai dah siap. Nanti-nanti nak buat jugak macam kak shaja dan xora, itupun kalau dos rajin berlebihan ye...boleh campur-campur macam xora buat, dia campurkan dengan bunga manggar tradisional.

Selamat menDIY semua..!!! :)

Thursday, March 10, 2011

Alkisah kad kahwin #2

Assalamu'alaikum....hai

Maaflah kalau korang bosan baca ye.., minggu ni memang aku sibuk pasal kad kahwin. Pasal kad kahwin 2 3 hari lepas yang ada sedikit masalah tu...

Eheheh...kemungkinan BESAR tak buat kad dengan diaorang. Kitaorang disarankan oleh bakal papa mertua aku untuk tengok kat satu tempat ni sebab dia ada berkenan dengan satu kad.

Makanya hari sabtu ni nak pergi tengok, kalau semuanya ok memang kitaorang buat kat situ je.
Kita tengok la pulak macammana ye...

Monday, March 7, 2011

Alkisah kad kahwin

Assalamu'alaikum    hai

Mengenai kad kahwin yang masih belum ada apa-apa berita, dah nak masuk 7 hari, bayang-bayang artwork pun takde lagi kat email tu, jadi tadi aku telefon tanya apa dia punya progress...sungguh terbaik la, dia cakap belum buat lagi, tunggu giliran...apa ke??...hadoi la...Takkan la janji 3-7 hari, hari ke 7 baru nak buat dan bagi artwork..?
Kalau aku mintak design yang pelik-pelik susah nak buat, ok la jugak..design yang aku ambil semua yang sedia ada je...sebab senang duk delay-delay ye...
Aku pun tak tau nak cakap apa, aku mintak pukul 12, dia cakap tak sempat sebab ada benda urgent, ok takpela aku mintak pukul 4 sebab fikir untuk bertimbang rasa dengan orang lain, dia cakap ok dan kita tunggu pukul 4 ni ada ke tak.

Ada aku cancel lepas tu buat kat tempat lain ni kang...

Saturday, March 5, 2011

91 hari - Perihal kad kahwin

Assalamu'alaikum....hai

Sabtu lepas aku dan che' E dah pergi uruskan mengenai kad kahwin, tapi masih tiada apa-apa berita sehingga hari ni, aku rasa macam dah lama sebab kitaorang tak mintak design yang pelik-pelik pun semuanya ikut apa yang ada je....tapi takpe kita tunggu sampai isnin depan, kalau diam je harus aku telefon tanya apa perkembangan.

Noted : Bila makin hampir ni makin berdebar pulak walaupun 3 bulan lagi....bersediakah aku..? Urrmmm...bersedia atau tidak..? Bolos saja dinding ituuuuu :p sempat lagi nak main-main ahakk..