Wednesday, May 25, 2011

10 hari - Aku jumpa ni...

Assalamu'alaikum...hai

Semalam teman encik bakal suami pergi appointment, aku jumpa kertas tisu untuk buat bunga tisu, alaa...bunga tisu yang tengah glamour yang jadi pujaan ramai tu (termasuk aku sebab aku pernah cuba buat).
Macam-macam warna ada....dah tak payah susah-susah nak beli crepe paper lagi lepas tu nak potong bagai. Yang ni korang beli, terus boleh buat dia siap ada tunjuk macammana nak buat hanya ikut je, dah siap confirm cantik..eheh :)

 

Kepada korang-korang yang nak DIY bunga tisu tu sila la ke daiso. Harga dia semestinya rm5, ada berapa dalam satu packet tu aku tak kira la pulak tapi kalau ikut dia tulis kat situ 14 kot...aku tak khatam lagi bab 1 bahasa jepun jadi sila jangan marah ;p
Maka selamat men'DIY' ye kawan-kawan

Monday, May 16, 2011

23 hari - Pelita moden

Assalamu'alaikum....hai

Ni pun cantik untuk deko-deko kan..? Aku tak tau nama dia apa jadi aku panggil pelita moden. Kalau aku buat xtau nak letak kat mana..haha

  
gambar ihsan google

Kalau majlis waktu malam lagi cantik...