Thursday, December 13, 2012

Ukur baju......

Assalamu'alaikum....hai

" Ukur baju kat badan sendiri jangan ukur kat badan orang lain sebab dah tentu-tentunya saiz tak sama kan..?kan?kan? Kalau sama saiz, corak, bunga dan sebagainya pun, material kain tetap tak sama."

Selalu cakap dan mengeluh takde duit tapi sentiasa berbelanja mewah macam orang yang sentiasa ada duit. Jangan ikut orang lain sebab kemampuan tak sama.

Bukan pasal ukur baju nak buat baju baru, takde maknanya, pakai je baju yang ada selagi boleh. Kalau nak nampak baru tambah manik-manik jadilah baru kan..? Jangan membazir.

Jadi untuk bakal-bakal pengantin, berbelanja atau buat apa saja untuk majlis kahwin kamu setakat yang kamu mampu. Tak perlu nak ikut orang lain punya majlis yang mewah-mewah kalau akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.

Untuk semua yang sudi baca, buat sesuatu ikut kemampuan tak kira dari segi apa sekalipun.

Okey..babai

Monday, September 17, 2012

Pemilihan warna

Assalamu'alaikum....hai

Hari ni aku nak share tentang satu website yang aku baru jumpa, korang mesti lagi maju dari aku, dah tau kot tapi takpe just nak share je korang.

Website ni untuk yang masih buntu tentang pemilihan warna nak match dengan warna apa yang sesuai untuk majlis nanti, boleh la ke website design seed ni ye :)